Tuesday, September 21, 2010

'ReUnion' Kawan2 SMDSO


Kebetulan hari ini birthday aku ke ...tahun. Malamnya ada kawan-kawan ator pertemuan semula member kelas Tkt 6 Atas  Sekolah Menengah Dato' Syed Omar (SMDSO) . Pertemuan ini diadakan di Restoran Sala Classic, Jln Alor Mengkudu, Alor Setar. Seronok tidak terkira berjumpa kawan-kawan lama yang ada sudah lebih 25 tahun tidak berjumpa.. semuanya sudah ada kerjaya masing-masing...dan  keluarga masing-masing. Walaupun ada lagi yang tidak dapat datang tetapi sekurang-kurangnya dapat juga berjumpa rakan-rakan dan mengingati kisah-kisah lama di SMDSO dulu..

Yang seronoknya guru popular waktu itu yang sekarang ni sudahpun berpencen pun turut sama-sama datang ke perjumpaan ini iaitu Cik Gu Rohani dan Cik Gu Siti Zaleha... Terima kasihlah kerana semua yang datang .....harap nanti akan ada lagi perjumpaan-perjumpaan macam ini dan lebih ramai rakan-rakan lama yang boleh hadir....memang  banyak tidak cam sungguh mereka ni...maklumlah dah lama benar tidak berjumpa ..

Yang hadir ..Zainudin Long ( sekarang ni Ketua Kastam di Kulim), isterinya Kalsom Ismail..dah jadi Cik Gu SM Naka) , Saidi Maidin ( sekarang jadi Pengarah Perpaduan Negeri Kedah), Shafie Shafik (Guru SM Sains Bkt Mertajam), Ust Hamid Zainol ( Cik Gu) , Daud Md Saman ( Guru), Solihi Tagor Abd Hamid (Guru.. berbaju T merah)), Mohd Fuzi Che Mee  (Pegawai di Jab Penilaian Negeri Kedah.. bertongkat) , Abd Basir Ahmad (Supt Polis di Bukit Aman), Ishak ahmad ( Cik Gu Sek Keb Hj Wahab/Tok Keling..baju track suit kuning), Mustafa Ahmad ( Peg. Awam  di Polis Kontinjen  Alor Setar), Johari Awang ( Pegawai UDA Holding di Seb,Perai),  Abd Rahim Abu Bakar (Cik Gu..berbaju telok belanga), Pak Ishak..Pak Aq..Cik Gu SM Sg Tiang..berbaju batik). Tidak ketinggalan Cik Rohani dan Cik Siti Zaleha serta Cik Gu Latifah dan Cik Gu Arifah turut hadir sama..

Monday, September 20, 2010

Rakan Tkt 6 Atas SMDSO 1980



Zul, Johari, Saidi, Jat, aku, Zaini, Khalil, Mustafa, Rahman, Daud, Syarifah , Jamilah, Amah, Asma, Ramli, Cik Gu Rohani, Azizah, Kalsom, Zarayah, Soleha, Zainudin.....Inilah nama-nama yang aku ingat,, yang lain tu dah tenggelam