Monday, August 24, 2009

SuKaN & AkTiViTi ReKrEaSi


Main golf masa kat Sungai Petani dulu memang hangat. Rata padang golf pergi main. Masuk 'tournament' pun banyak juga, kerja kutip 'goodies' seperti baju dan topi free aje. Hadiah tidak adalah. kalau dapatpun cabutan bertuah saja. Tidak boleh cari makan dengan main golf ni. Tapi la ni dah tidak berapa nak seronok main golf. Tak taulah fasal apa..Rasa boring sangat bila main golf..Mungkin tidak serasi dengan jiwa kut.. maklumlah permainan ni kata orang permainan orang elit2 dan kaya2 belaka.



Buat aktiviti bersama staf MPSPK memancing di Kuala Gula Perak...memang menyeronokkan. Hilang segala tekanan. Tengok orang memancing aje. Kalau memancing, ikan lari begitu saja..




Tidak ketinggalan berekreasi di Hulu Tembeling, Taman Negara bersama-sama rakan-rakan. Seronok aktiviti seperti. Nak dapat pasukan yang sekapal minat seperti ini susah juga..Macam-macam masalah ada.

Saturday, August 22, 2009

Rakan-Rakan Ku Kenali Pergi Buat Selamanya


En Muhamad Lebai Karim..Kematiannya begitu trajis. Terjatuh dari bangunan Sultan Abdul Halim ..misteri samada bunuh diri atau dibunuh atau .....????

Penghulu Mokhtar Hashim _ Berkenalan di Jitra. Meninggal dunia hanya beberapa bulan sahaja lagi bersara.


Penghulu Hj Mohd Akhir _ Berkenalan di Jitra. Meninggal dunia selepas bersara

Rakan-Rakan Yang Berjaya DiPeringkat Nasional.


Kiri: Saya bersama dengan YB Dato' Seri Mahdzir Khalid..Mantan Menteri Besar Kedah disatu majlis tidak rasmi di Langkawi. Beliau senior saya setahun di Sek Men Dato' Syed Omar semasa saya dalam Tingkatan Enam Rendah. Beliau sempat satu penggal memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, bagaimanapun nasib tidak menyebelahi beliau kerana dalam pilihanraya yang lepas pihak pembangkang dibawah pimpinan PAS telah mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Kedah. Bakat kepimpinan beliau memang ada dan orangnya adalah kreatif dalam membentuk dasar-dasar baru semasa pentadbirannya serta sikapnya yang mesra.




Kanan: Walaupun tidaklah rapat sangat tapi kawan biasa saja dengan
member kat sebelah tu sebab senior setahun di SMDSO dan UKM. Sapa sangka sekarang ni beliau menjadi antara individu yang semakin mendapat perhatian. Itulah Dato Mohd Shukri - Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia..Kemungkinan akan menjadi Ketua Pengarah SPRM adalah cerah.