Saturday, August 22, 2009

Rakan-Rakan Yang Berjaya DiPeringkat Nasional.


Kiri: Saya bersama dengan YB Dato' Seri Mahdzir Khalid..Mantan Menteri Besar Kedah disatu majlis tidak rasmi di Langkawi. Beliau senior saya setahun di Sek Men Dato' Syed Omar semasa saya dalam Tingkatan Enam Rendah. Beliau sempat satu penggal memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, bagaimanapun nasib tidak menyebelahi beliau kerana dalam pilihanraya yang lepas pihak pembangkang dibawah pimpinan PAS telah mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Kedah. Bakat kepimpinan beliau memang ada dan orangnya adalah kreatif dalam membentuk dasar-dasar baru semasa pentadbirannya serta sikapnya yang mesra.




Kanan: Walaupun tidaklah rapat sangat tapi kawan biasa saja dengan
member kat sebelah tu sebab senior setahun di SMDSO dan UKM. Sapa sangka sekarang ni beliau menjadi antara individu yang semakin mendapat perhatian. Itulah Dato Mohd Shukri - Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia..Kemungkinan akan menjadi Ketua Pengarah SPRM adalah cerah.




No comments:

Post a Comment