Tuesday, February 17, 2009

Bersama Rakan-Rakan Pengawas Perpustakaan Sekolah SMY

Bersama Rakan Sekelas Tkt 5 SMY


Gambar ini diambil sebelum ambil periksa SPM..bersama guru-guru yang tersayang. Termasuk salah seorang guru tersebut ialah kakak aku iaitu Cik Gu Balakiah. Banyak rakan-rakan aku ni dah berkerjaya yang tersendiri, ada yang dah jadi kaya, kerja besar, dan ada yang meninggal dunia, ada yang masih duduk kat kampong buat kerja-kerja kampong, bila aku balik kampong sekali-sekala terjumpa juga mereka ini. Kalau jumpapun senyum begitu sajalah, tak reti nak sembang apa, depa pun segan nak bersembang....

Jadi Polis


Kau orang tau tak aku ni sebenarnya dulu adalah seorang anggota polis..tak caya tengok gambar ni, segak berpakaian seragam polis yang dirakamkan di Pusat Latihan Pegawai Polis di Kuala Kubu Baru.. Waktu ni aku baru masuk mula kerja... Jadi kena berhentilah kerja jadi Polis? Salah seorang Pegawai Polis dalam gambar ni dahpun jadi Ketua Polis Negara, dan lain-lain tu dah jadi pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia. Oh Ya salah seorang sahabat aku dalam gambar ni sekarang dah jadi Menteri Besar Terengganu.

Tingkatan Satu Di SMY bersama Cik Gu Hamisah



Kebanyakan depa yang ada dalam gambar ni, kalau jumpa pun rasanya dah tak kenal lagi.. Ada juga dua tiga orang yang selalu jumpa tapi tak begitu bertegur sapa macam sekolah dulu, mungkin dah segan atau kekok kut.. maklumlah dah lama tak berjumpa dan bersembang. Dulu ada kawan-kawan ni yang aku biasa pi tidor rumah depa, pi makan durian didusun mereka, makan nasi kat rumah depa, pi titi hayun mandi air terjun, buru burung puyuh bersama, main perang-perang bersama dan sebagainya. Cik Gu Hamisah ni tak taulah duduk tang mana, masa tu dia tidak kahwin lagi. Kata orang dia kahwin lewat. Teringin nak pi melawat depa ni semua tapi tak tau dok tang mana. Kalau ada sesiapa sahabat-sahabat yang lihat gambar ni tolong responlah boleh juga aku tahu dan rakan-rakan lain tahu.

Ahli Seni Silat Gayong


Waktu ni aku baru Tingkatan 1, Sek Men Yan Tahun 1974...Jurulatih ialah Cik Gu Abdul Rahman Omar, iaitu abang ipar aku sendiri yang pada waktu dah pegang talipinggang hitam. Aku waktu tu baru dapat talipinggang putih aje...Minta maaf banyak-banyaklah banyak daripada mereka ini aku dah terlupa nama depa , mana pernah jumpa.. Kut-kut sapa yang tertengok blok aku ni, tolong responlah boleh sambung kembali persahabatan yang telah terputus sekian lama...