Tuesday, January 25, 2022

RU SKSLD KE 2

Catatan..Mohd Asri Redha..

Tempat: Sungai Limau Dalam, Yan

Tarikh: 23 Disember 2021


Alhamdulillah.. hari ini dapat mengumpulkan rakan2 lama sepengajian di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Limau Dalam.. terubat kerinduan  dapat berjumpa sahabat2 sekolah rendah dulu.. nostalgia zaman tersebut menjelma kembali.. Bersyukur sangat kerana di usia warga emas ini.. masih dapat berkesempatan berjumpa dan beramah mesra... Ramai rakan  yang telah mendahului kembali mengadap Ilahi.. Al Fatihah .. Aamiin pada mereka.. Untuk pertemuan seterusnya belum pasti lagi boleh berjumpa.. Memasuki umur 60 -an merupakan tahun-tahun yang kritikal dan bila-bila masa saja Allah SWT mencabut nyawa hambanya. so apa-apa yang diator dan rancang tidak boleh tunggu lama-lama.. bimbang tidak akan berjumpa lagi kerana  kehilangan sahabat yang kembali ke alam barzakh . 

Pertemuan selanjutnya ialah pada Perjumpaan  Hari Raya Eidul Fitri nanti.. Semoga semua sihat walafiat dan dapat menghadhirinya.

Wassalam._____________________

*Mini RU Ke-2 SKSL*

Tarikh : *22.12.2021*
Hari.   : *Rabu*
Masa  : *12.00 th*
Tempat : *Restoran Diana Tom Yam, Sulida, Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah

 hadir.

1. Dato' Mohd  Asri Redha
2. Datin  Norasimah
3. En. Sahimi Hashim
4. Puan Zuraina
5. En. Azizan Ahamad
6. Pn. Zaiton
7. En. Aminuddin Harun
8. Pn....( Wife Hj. Amin )
9. Dato' Ismail Salleh
10. Datin.Azila (Isteri Dato' Ismail)
11. Nurul Iman Ismail
12. Encik Saad Abdullah
13. Puan Izan@wife SM
14. En. Ibrahim Ramli
15. Encik Shohaimi Osman
16. Encik Bashon Hamid
17. En. Mohd. Nasrudin Md. Din
19. En.Sahudin Harun
20. Pn. Yuzaini
21. En. Kariya Ismail
22. En. Adenan Ismai
23. En. Abd. Halim Ismail
24. Pn. Norma M. Isa
25. Hj Abd Rani (suami)
26. Pn Noor Aliza
27. En Ismail (suami Noor Aliza)
28. En. Zulkifli Yaakob (Perak)
29. Puan Ruzaini Said
30. Suami Pn. Ruzaini
31. En. Zainon Md. Din
32. Is3  M. Nasrudin
33. En. Jamaluddin Hj. Ahmad
34. En. Abu Hassan Ismail
35. Puan Azizah Morad (Mem SM )
36. Rohizah bt. Ahmad Ki
37.Salmah BT Saad
38. Md Sabri
39.Shikin






















..

.

Tuesday, August 1, 2017

Rakan2 Lama Sek Keb Sg Limau Dalam

Tarikh..  29.07.17
Tempat.. Restoran Anjong Kuala Ikan Bakar

Assalaamualaikum WBT..  Selamat Malam..
Seronok juga dpt ketemu balik sahabat2 lama kat Sekolah Rendah dulu.. .. Tak ramai yg dpt dikumpul..  dan ada yang X diingat dah... x Ingat mama dan rupa pun dah berlain sangat..


Amirudin,  Shahimi, Ahmad Subri,
Dato' Ismail, Azizan,  Me



Tuesday, September 21, 2010

'ReUnion' Kawan2 SMDSO


Kebetulan hari ini birthday aku ke ...tahun. Malamnya ada kawan-kawan ator pertemuan semula member kelas Tkt 6 Atas  Sekolah Menengah Dato' Syed Omar (SMDSO) . Pertemuan ini diadakan di Restoran Sala Classic, Jln Alor Mengkudu, Alor Setar. Seronok tidak terkira berjumpa kawan-kawan lama yang ada sudah lebih 25 tahun tidak berjumpa.. semuanya sudah ada kerjaya masing-masing...dan  keluarga masing-masing. Walaupun ada lagi yang tidak dapat datang tetapi sekurang-kurangnya dapat juga berjumpa rakan-rakan dan mengingati kisah-kisah lama di SMDSO dulu..

Yang seronoknya guru popular waktu itu yang sekarang ni sudahpun berpencen pun turut sama-sama datang ke perjumpaan ini iaitu Cik Gu Rohani dan Cik Gu Siti Zaleha... Terima kasihlah kerana semua yang datang .....harap nanti akan ada lagi perjumpaan-perjumpaan macam ini dan lebih ramai rakan-rakan lama yang boleh hadir....memang  banyak tidak cam sungguh mereka ni...maklumlah dah lama benar tidak berjumpa ..

Yang hadir ..Zainudin Long ( sekarang ni Ketua Kastam di Kulim), isterinya Kalsom Ismail..dah jadi Cik Gu SM Naka) , Saidi Maidin ( sekarang jadi Pengarah Perpaduan Negeri Kedah), Shafie Shafik (Guru SM Sains Bkt Mertajam), Ust Hamid Zainol ( Cik Gu) , Daud Md Saman ( Guru), Solihi Tagor Abd Hamid (Guru.. berbaju T merah)), Mohd Fuzi Che Mee  (Pegawai di Jab Penilaian Negeri Kedah.. bertongkat) , Abd Basir Ahmad (Supt Polis di Bukit Aman), Ishak ahmad ( Cik Gu Sek Keb Hj Wahab/Tok Keling..baju track suit kuning), Mustafa Ahmad ( Peg. Awam  di Polis Kontinjen  Alor Setar), Johari Awang ( Pegawai UDA Holding di Seb,Perai),  Abd Rahim Abu Bakar (Cik Gu..berbaju telok belanga), Pak Ishak..Pak Aq..Cik Gu SM Sg Tiang..berbaju batik). Tidak ketinggalan Cik Rohani dan Cik Siti Zaleha serta Cik Gu Latifah dan Cik Gu Arifah turut hadir sama..

Monday, September 20, 2010

Rakan Tkt 6 Atas SMDSO 1980



Zul, Johari, Saidi, Jat, aku, Zaini, Khalil, Mustafa, Rahman, Daud, Syarifah , Jamilah, Amah, Asma, Ramli, Cik Gu Rohani, Azizah, Kalsom, Zarayah, Soleha, Zainudin.....Inilah nama-nama yang aku ingat,, yang lain tu dah tenggelam

Tuesday, February 2, 2010

Kenangan Pegawai Tadbir Negeri Bersama KDYMM Tunku Sultan Kedah 2009

Gambar kenangan bersama KDYMM Tuanku Sultan Kedah sempena Sambutan Jubli Emas Pemerentahan KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang ke 50 Tahun  2009 di Hadapan Kompleks Wisma Darul Aman Alor Setar.




Sunday, January 31, 2010

Rakan Peserta Bengkel Pindaan Aturan Tanah Kedah 1966

Kalau sapa-sapa yang tau nama-nama peseerta ni bagus juga. Bolehlah saya rekodkan..Sebahagian sahaja boleh ingat. Yang lain-lain tu muka ingat, tapi nama tidak berapa nak ingat....Jadi boleh tolong tulis  ruang komen dalam tajuk ini... tolong ya..

Monday, August 24, 2009

SuKaN & AkTiViTi ReKrEaSi


Main golf masa kat Sungai Petani dulu memang hangat. Rata padang golf pergi main. Masuk 'tournament' pun banyak juga, kerja kutip 'goodies' seperti baju dan topi free aje. Hadiah tidak adalah. kalau dapatpun cabutan bertuah saja. Tidak boleh cari makan dengan main golf ni. Tapi la ni dah tidak berapa nak seronok main golf. Tak taulah fasal apa..Rasa boring sangat bila main golf..Mungkin tidak serasi dengan jiwa kut.. maklumlah permainan ni kata orang permainan orang elit2 dan kaya2 belaka.



Buat aktiviti bersama staf MPSPK memancing di Kuala Gula Perak...memang menyeronokkan. Hilang segala tekanan. Tengok orang memancing aje. Kalau memancing, ikan lari begitu saja..




Tidak ketinggalan berekreasi di Hulu Tembeling, Taman Negara bersama-sama rakan-rakan. Seronok aktiviti seperti. Nak dapat pasukan yang sekapal minat seperti ini susah juga..Macam-macam masalah ada.

Saturday, August 22, 2009

Rakan-Rakan Ku Kenali Pergi Buat Selamanya


En Muhamad Lebai Karim..Kematiannya begitu trajis. Terjatuh dari bangunan Sultan Abdul Halim ..misteri samada bunuh diri atau dibunuh atau .....????

Penghulu Mokhtar Hashim _ Berkenalan di Jitra. Meninggal dunia hanya beberapa bulan sahaja lagi bersara.


Penghulu Hj Mohd Akhir _ Berkenalan di Jitra. Meninggal dunia selepas bersara

Rakan-Rakan Yang Berjaya DiPeringkat Nasional.


Kiri: Saya bersama dengan YB Dato' Seri Mahdzir Khalid..Mantan Menteri Besar Kedah disatu majlis tidak rasmi di Langkawi. Beliau senior saya setahun di Sek Men Dato' Syed Omar semasa saya dalam Tingkatan Enam Rendah. Beliau sempat satu penggal memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah, bagaimanapun nasib tidak menyebelahi beliau kerana dalam pilihanraya yang lepas pihak pembangkang dibawah pimpinan PAS telah mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Kedah. Bakat kepimpinan beliau memang ada dan orangnya adalah kreatif dalam membentuk dasar-dasar baru semasa pentadbirannya serta sikapnya yang mesra.




Kanan: Walaupun tidaklah rapat sangat tapi kawan biasa saja dengan
member kat sebelah tu sebab senior setahun di SMDSO dan UKM. Sapa sangka sekarang ni beliau menjadi antara individu yang semakin mendapat perhatian. Itulah Dato Mohd Shukri - Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia..Kemungkinan akan menjadi Ketua Pengarah SPRM adalah cerah.




Tuesday, February 17, 2009

Bersama Rakan-Rakan Pengawas Perpustakaan Sekolah SMY

Bersama Rakan Sekelas Tkt 5 SMY


Gambar ini diambil sebelum ambil periksa SPM..bersama guru-guru yang tersayang. Termasuk salah seorang guru tersebut ialah kakak aku iaitu Cik Gu Balakiah. Banyak rakan-rakan aku ni dah berkerjaya yang tersendiri, ada yang dah jadi kaya, kerja besar, dan ada yang meninggal dunia, ada yang masih duduk kat kampong buat kerja-kerja kampong, bila aku balik kampong sekali-sekala terjumpa juga mereka ini. Kalau jumpapun senyum begitu sajalah, tak reti nak sembang apa, depa pun segan nak bersembang....

Jadi Polis


Kau orang tau tak aku ni sebenarnya dulu adalah seorang anggota polis..tak caya tengok gambar ni, segak berpakaian seragam polis yang dirakamkan di Pusat Latihan Pegawai Polis di Kuala Kubu Baru.. Waktu ni aku baru masuk mula kerja... Jadi kena berhentilah kerja jadi Polis? Salah seorang Pegawai Polis dalam gambar ni dahpun jadi Ketua Polis Negara, dan lain-lain tu dah jadi pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia. Oh Ya salah seorang sahabat aku dalam gambar ni sekarang dah jadi Menteri Besar Terengganu.

Tingkatan Satu Di SMY bersama Cik Gu Hamisah



Kebanyakan depa yang ada dalam gambar ni, kalau jumpa pun rasanya dah tak kenal lagi.. Ada juga dua tiga orang yang selalu jumpa tapi tak begitu bertegur sapa macam sekolah dulu, mungkin dah segan atau kekok kut.. maklumlah dah lama tak berjumpa dan bersembang. Dulu ada kawan-kawan ni yang aku biasa pi tidor rumah depa, pi makan durian didusun mereka, makan nasi kat rumah depa, pi titi hayun mandi air terjun, buru burung puyuh bersama, main perang-perang bersama dan sebagainya. Cik Gu Hamisah ni tak taulah duduk tang mana, masa tu dia tidak kahwin lagi. Kata orang dia kahwin lewat. Teringin nak pi melawat depa ni semua tapi tak tau dok tang mana. Kalau ada sesiapa sahabat-sahabat yang lihat gambar ni tolong responlah boleh juga aku tahu dan rakan-rakan lain tahu.

Ahli Seni Silat Gayong


Waktu ni aku baru Tingkatan 1, Sek Men Yan Tahun 1974...Jurulatih ialah Cik Gu Abdul Rahman Omar, iaitu abang ipar aku sendiri yang pada waktu dah pegang talipinggang hitam. Aku waktu tu baru dapat talipinggang putih aje...Minta maaf banyak-banyaklah banyak daripada mereka ini aku dah terlupa nama depa , mana pernah jumpa.. Kut-kut sapa yang tertengok blok aku ni, tolong responlah boleh sambung kembali persahabatan yang telah terputus sekian lama...